Sunday, 13 May 2012

TIPS BELAJAR SAINS






Ramai murid merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.


a)   Buat ulangkaji selalu.
Jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.

b)  Belajar Sains setiap minggu.
Tdk kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jgn asyik mempelajari subjek2 lain sahaja. Siapkan kerjarumah dan latihan yg diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

c)   Cuba buat semua bentuk soalan.
Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.

d)   Beli buku2 soalan tahun2 lepas.
Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan. Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.  Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.

Saturday, 12 May 2012

NOTA RINGKAS RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN



1.     Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk:
    a) Rantai Makanan
    b) Siratan Makanan
2.   Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear.
3.   Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan.
4.   Contoh rantai makanan.


5.   Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan).
6.   Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.
7.   Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.
8.   Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.
9.   Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor. 
10.  Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.
11.   Tenaga berasal daripada Matahari.
      12. Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih   
         kompleks akan membentuk siratan makanan.




Monday, 7 May 2012

MENGENALI PIRAMID MAKANAN BAGI HAIWAN

 - Dalam keadaan semulajadi, organisma yang berada di peringkat   permulaan sesuatu rantai makanan atau siratan makanan biasanya mempunyai bilangan yang banyak.
   -Haiwan pemangsa yang berada di peringkat atas pula mempunyai bilangan yang kecil.
   -Oleh itu, perhubungan bilangan populasi di antara organisma dalam rantai makanan atau siratan makanan merupakan bentuk piramid.


-Perhubungan bilangan populasi dalam suatu siratan makanan itu  penting untuk 
 memelihara keseimbangan alam semulajadi.

APAKAH RANTAI MAKANAN & SIRATAN MAKANAN?

DEFINISI RANTAI MAKANAN



Rantai makanan adalah suatu aliran tenaga dalam bentuk makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.

 DEFINISI SIRATAN MAKANAN


Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.





RANTAI MAKANAN& SIRATAN MAKANAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini anda akan dapat: 

1.Membina rantai makanan dan menggabungkan beberapa rantai makanan untuk membentuk siratan makanan. 

 2.Menyenaraikan contoh-contoh pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier. 
 
3. Menyatakan hubung kait antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier di dalam piramid makanan.  

SET INDUKSI