Saturday, 12 May 2012

NOTA RINGKAS RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN



1.     Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk:
    a) Rantai Makanan
    b) Siratan Makanan
2.   Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear.
3.   Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan.
4.   Contoh rantai makanan.


5.   Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan).
6.   Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.
7.   Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.
8.   Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.
9.   Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor. 
10.  Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.
11.   Tenaga berasal daripada Matahari.
      12. Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih   
         kompleks akan membentuk siratan makanan.




No comments:

Post a Comment