Ramai murid merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.
a) Buat ulangkaji selalu.
Jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.
b) Belajar Sains setiap minggu.
Tdk kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jgn asyik mempelajari subjek2 lain sahaja. Siapkan kerjarumah dan latihan yg diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.
c) Cuba buat semua bentuk soalan.
Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.
d) Beli buku2 soalan tahun2 lepas.
Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan. Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan. Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.